Friday, April 15, 2011

S.L.O.T A.G.A.M.A..... ;)


Semalam 15 APRIL 2011 kat ENT Clinic xda keja nak dibuatnya, pastu ada lak Slot Ceramah Agama with Ustaz Abdullah bin Mahmud, Tajuknye “Keluarga Bahagia Bebas Gangguan Makhluk Halus dan Sihir”. Hmmm, topic yg Sound like best n menarik minat ak tuk join this, mintak kebenaran dari LP kami En. Busro, kami berlima dibenarkan pergi ikut Slot Ceramah Agama ni. Oyeeehhhh…. ;)

Xda ape yg nak diperkatakan, ak just nak share sedikit point2 berguna dari slot ceramah tadi yg sempat ak conteng2 kat my note… korang bace tau… mmg berguna dalam kehidupan kita, tuk kesihatan fizikal n mental kita disamping bahagia with our family. Mula2 rasa mcm pelik, lama2 rasa mcm Ok je, bukti… seluruh dewan Diam ble ustaz tersebut mengeluarkan statement yang x pernah kite terpikir sepanjang kita hidup, sedangkan kita sedang selalu mengamalkannya terutamanya dari segi kesihatan n pemakanan yang kita amalkan… jom baca all this point ;

1.Jin merupakan makhluk pertama yang memerintah bumi, mereka boleh menyerupai
   Manusia.

2. Nak bezakan manusia ngan Jin yg menyerupai manusia, JIN x ada lurah bibir n pada 
    tapak tangannya pula, ble dirapatkan, tiada sambungan garisan huruf jawi ‘ba’

3. Jin sama2 hebat dgn manusia, mereka pun belajar, pergi ke sekolah.

4. Azan boleh membelah tujuh petala Bumi n tujuh petala Langit.

5. Jin Bernama ‘Ummumildan’ merupakan jin yg boleh masuk ke salur paling halus 
    dalam badan n seterusnya menyebabkan Migrain.

6. Terdapat 3 Masalah Besar dalam Kesihatan iaitu :
     i.) Tidak ada penyakit , tetapi kita sakit
     ii.) Penyakit dijumpai, tetapi tiada ubatnya.
     iii.) Terdapat penyakit, bila sakit perlu makan ubat tersebut sehingga mati.

7. Jin mempunyai byk bangsa dimana mereka suka menyebabkan manusia sakit, suka 
     bergaduh,  bercerai-berai dan berpecah belah.

8. SAKA adalah dari perkataan PUSAKA yg bermaksud peninggalan. Antara sign n symptom 
     yg ditunjukkan oleh org yg mempunyai saka adalah :

 a.Insomnia : sukar utk tidur pada waktu malam.

 b. Sukar untuk berjumpa jodoh @ perasaan nak kahwin hilang.

 c. Sentiasa Was2 dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 d. Tidur malam bermimpikan budak kecil seperti budak kecil duduk di sekeliling, Beranak   
      anak   kecil @ menerima anak pemberian dari seseorg dalam mimpi. ( mimpi seperti ini    
      mempunyai peratusan sebyk 99.9% menunjukkan org tersebut mempunyai saka )

 e. Mereka yg bermimpi itu menerima anak tersebut daripada org yg berbagai keturunan dan 
     berbagai  bangsa, ifrid dan hantu raya.

 f. Mempunyai tahap esteem dalam diri yg kuat seperti dapat merasakan terlebih dahulu  sesuatu perkara yg  berlaku dan ia sememangnya akan berlaku seperti :
                       - Rasa ada org nak mati, dan seterusnya terdapat berita kematian.
                       - Bersikap cepat Panas-baran n cepat sejuk.
                       - Berkahwin, tetapi susah utk dapatkan anak, tidak mengandung @ anak yang
                         dilahirkan cacat.

9.  Terdapat satu mafhum menyebut, Suami yang menyetubuhi isteri yang masih dalam
      keadaan datang, anak yang akan dilahirkan akan menjadi pondan @ khansa, Masyarakat
      tidak boleh mempersendakan golongan sebegini kerana mereka adalah mangsa kejahilan.

10. Terdapat beberapa sunnah nabi ketika bersetubuh, antaranya menyelimutkan badan
       kedua2 pasangan n  membaca doa pelindung. Sekiranya tidak berselimut, benih suami
       akan dishare bersama air mani jin, inimenyebabkan anak yg dilahirkan akan menjadi nakal.

11. Jin ramai n suka berada di tandas, mereka menunggu mangsa yang masuk ke tandas yg
       tidak membaca doa masuk ke tandas. Jin berpeluang utk menarik kaki dan menolak
       badan  org tersebut dan kebiasaannya kepala akan terhantuk dahulu dan kebanyakannya
       menyebabkan kecederaan kepala berlaku dan ape yg lebih teruk adalah menyebabkan
       kematian, x mustahil la kalu kat  Emergency Department tu byk kes2 “ alerged fall in toilet
       with mcm2 cedera la…

12. Berikut merupakan sunnah nabi dari sudut pemakanan dan kesihatan :

- Makan hanya 1 jenis lauk sahaja, kalu ingin makan lebih dari 1 lauk, habiskan satu lauk demi 1
  lauk.  Ini bertujuan tuk mengembalikan kesihatan.


 - Mengambil pemakanan seimbang.


 - Jangan tidak makan daging selama 40 hari, bermaksud kite perlu kerap makan daging
   sebabnya kalu x makan daging selama tempoh 40 hari, hati akan menjadi keras dan kulit turut  akan menjadi makin gelap.

- Makanan sunnah adalah kismis, kurma, air zam2, cuka, madu, daging kambing.



               
  - Mengamalkan pemakanan makanan sunnah membatu otak cergas, badan cergas dan badan turut menjadi sihat.

 - Dalam masakan, jgn dicampur bawang merah dan bawang putih coz ia akan bagi effect kat 
   kesihatan  kita.

- Ikan bawal tidakboleh dicampur @ makan dengan salad. Kalu tapi nak ikutkan masyarakat
  kita  jadikan salad untuk perhiasan ikan bawal ni n terus memakannya kan..?? hehehe


- Ikan tidak boleh dicampur @ makan sekali dengan telur. Ini kerana gabungan dua lauk ini
   akan menghasilkan arsenic yang boleh sebabkan sakit perut, jadi x heran la kalu kes2
   keracunan byk berlaku kat sekolah, bile PPKP datang ke kantin sekolah tuk wat pemeriksaan
   kebersihan kantin, kebiasaanya pengusaha kantin menyediakan maknan pagi kepada
   pelajar nasi lemak Sambal bilis + Telur = sakit perut…


 - Ubat yang paling bagus adalah cuka, ia termasuk cuka nipah, cuka kurma dan cuka mayang. 
    Mengamalkan memakan 2 sudu cuka + 1 sudu madu membantu :
o Melawaskan masalah angin dalam badan.

o Masalah pernafasan.

o Membantu system penghadaman yg bagus.


o Bagi pesakit yg mempunyai asma @ lelah, amalkan memakan madu dan cuka,  
    sekiranya  asma berlarutan, ammalkan sunnah ini : makan nasi berlaukkan, telur ayam 
    kampung dicampurkan dengan halia yg ditumbuk n digoreng dengan minyak zaitun.

o Bagi merawat penyakit Diabetis mellitus: tukarkan pengambilan nasi kepada labu, kukus 
   labu tersebut dan makan 3 hari sekali. Ini kerana makan nasi yg mempunyai karbohidrat 
   akan ditukarkan menjadi glukosa bila proses metabolisma berlaku dalam badan manusia,
   namun labu bukan seperti nasi.

13. Cuka juga selamat n bagus disimpan di dalam umah kerana ia boleh mengelakkan rumah 
      daripada dimasuki syaitan.

12. Bagi sesiapa yg mempunyai masalah resdung, dari sudut perubatan Islam, anda perlu tahu
      bahawa pada  hidung anda terdapat Rongga yg dinamakan Rongga Harshum yg menjadi
      tempat duduk n tidur syaitan pada waktu malam. UBATnya adalah ambilkan air, baca
      selawat sebanyak 3 kali, sedut air tersebut ikut hidung dan keluarkan kahak ikut mulut….
      Cubelah…. Amalkan selalu k..;)

13. UBAT utk sakit perut lak, bila sakit perut, rapatkan kedua2 tapak tangan n tuangkan madu
      di tapak tangan n jilat madi tersebut. Kajian dalam perubatan islam menunjukkan 
      penemuan  apabila kita sakit perut, tapak tangan kita akan berpeluh dan akan menghasilkan
      sejenis enzim. Dan enzim yg bercampur dengan madu inilah yang akan membantu
      mengurangkan kesakitan perut.

14. Ramai juga dikalangan kita tidak tahu yang apabila kita merapatkan kedua2 tapak tangan
      kita, garisan pada tapak tangan menyambungkan huruf jawi iaitu ‘Ba’. Huruf ‘Ba’ ini dijaga
      oleh malaikat yang Bernama Harhayail yang menjaga Kaabah di Makkah. Apabila kedua2
       tapak tgn dirapatkan, huruf jawi ‘Ba’ terbentuk. Mmg tiada titik tetapi titiknya adalah terletak
       pada hati kita. Sebab itu la bile kite berdoa,kita perlu merapatkan kedua2 belah tangan
      mengangkat tangan memohon doa kepada tuhan melebihi paras dada supaya 
      kesinambungan huruf ‘Ba’ terbentuk….. Menarik kan… hmm ;)

15. Berberapa soalan dari penonton diajukan kepada Ustaz, soalannya berkaitan ibu yg baru
       lepas bersalin dan sebabkan meroyan. Jawapan yg ustaz tu bagi adalah :

             - Sistem peranakan wanita adalah menjadi idaman setiap jin.

             - Apabila seseorang wanita itu mengandung, jin tidak boleh berada di dalam system
                peranakan  wanita kerana baby didalam kandungan itu telah dijaga oleh malaikat.

             - Bila wanita tersebut telah melahirkan anak, perut kosong dan jin mula la memainkan
                peranan  duduk  di system peranakan wanita.

             - Bagi mengelakkan kejadian ini berlaku, malkan makan madu n Cuka k…


*** terdapat satu statement yg buat ak terpegun gak la…, setiap perbuatan yang kita amalkan
     mestidimulakan dengan langkah kaki kanan kecuali masuk ke tandas, dlam kes ni, org barat
      lebih bijak daripada kita kerana posisi stereng kereta n pemandunya diletakkan pada
      sebelah kiri. Ini menunjukkanorang2 barat akan memulakan perjalanan dengan
      melangkahkan kaki kanan dahulu masuk ke dalam kereta diikuti kaki kiri, BERBEZA
     dengan masyarakat kita di Malaysia, kereta yg dicipta di Malaysia dengan kedudukan
     stereng kereta berada di sebelah kiri. Huhuhu…. Oleh yang demikian, orang yang sihat n
    normal sekalipun sememangnya akan memulakan perjalanan mereka masuk ke dalam
    kereta dengan melangkahkan kaki kiri dahului diikuti kaki kanan…. Ini terus x mengikut
    sunnah kan..? hehhee…. Renung2kan k…Coz semua ini berlaku dalam kehidupahn seharian
    kita…;)

Hmm… rasa tu je yg ak dapat n tercatat kat my note ni.. papepun sekiranya ada tersalah silap, terlanjur kate sepanjang catatan ni sorry k…. yg baik tu datang dari TUHAN & yg buruk tu datang dari ak sendiri… Renung2kan n Selamat beramal….. that’s all, TQ;)



Thursday, April 14, 2011

P.A.L.I.N.G X S.U.K.A....

Hari ni pengajar KPPS En. Johari dtg ke tempat penempatan ak, HTAA. Tujuannya nak collect sumer Tugasan, esemen, Case study, Clerking Case n the Most Important one HEALTH SYSTEM RESEARCH... dah hampir setahun da bagi tempoh masa tuk siapkan, tp ada jugak yg x siap2kan jugak, mmg la just nak get LULUS n sebagai syarat kehendak DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN... Bagi ak.. pape je tugasan yg diberikan time student ni, kalu boleh ak nak wat yg TERBAIK coz ak lebih puas hati ble lastly  dpt tgk blik my WORK...



sebabkan  sikap ak mcm ni.. x kisah la kalu ada kwn2 or sape2 jew yg nak ckp ak ni S.K.E.M.A ke?? ape ke..?,, tu sumer hak diorang.. lantak la nak ckp ape kat ak, yg penting ak kenal sape n lebih mengenali diri ak. yg Penting BE YOURSELF, jgn sesekali jadik org len...Ak bukan la nak BANGGAKAN diri, jauh sekali nak bersikap TAKABBUR.... seriously, ak xpenah pikir mcm tu, x mengharapkan PUJIAN n SIMPATI dari org len. terkadang tu ak pun terpikir jugak n sesekali rasa takut sgt dgn segala ape yabg TUHAN anugerahkan kat  ak.. ingat kat pesan mak " segala ape yg kite ada, kalu TUHAN nak tarik n Nak amek sekejap je". selaluu memikirkan sal ni, ak xnak sombong... kalu bleh nak jadi MAHADI ISMAIL seperti dulu, kini n Selamanya MAHADI ISMAIL, x nak jadik org lain.
sesekali tu, ak pun heran... ak pun seorng pelatih, Diperuntukkan masa 24 jam sehari tuk wat pape yg patut, paling heran bila tugasan yg sepatutnya perlu disiapkan x SIAP2 jugak...Kalu ak dapat siapkan, knape diorg xdapat siapkan, ble sir da mintak tugasan, mula la masing2 mcm lipas kudung nak siapkan sumer tu,, yg ada inisiatif tu OK la.... try wat n siapkan by own... dan yang paling PALING AK X SUKEnye ble dia dah tau tugasan x buat, xnak la usaha n bantu diri sendiri, kerjanye senang nak copy n paste yg org len punye...Soo RUDE... RUDE sgt... ak pun JAHAT, duk copy paste jugak especially bahan2 n rujukan dari internet.. At least ak buat, tp entah la dgn diorg ni. ak xnak la merujuk kat saper2, tp kalu ada yg terasa tu SORRy to say la.. ak tau time Student kan..? huhuhu, Ntah la, ak pun xtau ape nak cakapkan lagi kat sesetengah golongan yg bersikap mcm ni.. Please la, tolong ubah sikap mcm ni.... dah nak keja la weh, kite ni da tua, dah baligh kan, dah bleh pikir mane baik n Buruk, so masing2 tau la peranan n tanggungjawab masing2. xpayah nak bersusah tuk org len, untuk diri kita sendiri jew.
Kadang2 tu, ak sedikit TERASA jugak la ble tugasan n sumer benda yg ak wat ngan bersungguh2 x dihargai n x dinilai sebaik2nya, xkisah dapat berapa mark, yg penting my WORK tu dihargai. TIPu la kalu ak x TERASA kat hati ni ble diperlakukan mcm tu, tambah2 lagi ble ak Disamakan dengan org lain... arrrrrggghhhhhhhh... xnak, serik dgn sumer ni sejak sem 4 lagi, duk pikir pasal ni, ak mintak sgt masa biar cepat berlalu, xnak lagi bergelar student.... ak da xtau Camner nak ckp lagi pasal ni n ak rase korang pun paham ngan ape yg ak nak bgtau n ape yg ak post kan pada arini.... hope menjadik pengajaran... bersempena Hari Jumaat ni.... Renung2kan dan Selamat Beramal.... thats all...TQ ;)

M.Y L.A.T.E.S.T B.E.A.D.S D.E.C.O.R

Nak wish Thanks kat Sn Wan Suziana kat Emergency Department HTAA coz bg chance kat ak tuk decorate n sewing beads kat 2 pasang baju kurung dia. Ni Baju kurung dia yg 1st suh ak Jahit manik..;)


T.E.R.U.J.A...

Hari ni 3rd day ak praktikal kat ENT Clinic, HTAA.pagi tadi kak yah, izy n Jaja bawak sandwich as breakfast. mmg best. Macam biasa duk kat ENT ni Rileks n CooL je.
tunggu staff n pt. ada bru la leh wat n tgk prosedur. Blood Taking, suction kat telinga, dressing n else... rasa mcm sedikit SOMETHING hari ni ble ak jalan sepanjang Clinic tu nak g ke Lab hantar Blood, dgn pt. yg ramai, duk perhati je kat ak.. ntah ape yg diorg tgk... HUHUHU ..tadi gak g teman Izy g infection controll, jumpa la sn affida. bla2 duk borak pasal HSR izy ni, Lastly Standard Precautionnya skopnya terlalu Broad, nak blik tadi lak terserempak Sn Siti Aminah, ak nak masuk Lift, dia lak kuar Lift... ak tergelak. ingat kat something yg ak POst kat Fb Semalam sal KURENGNYe di EYE CLINIC yg Coming soonnya ak akan masuk... dia tersenyum je,,, hahahaa, Buah hati dia Di sana kot.. huhu, so far Ok je la.. Just Gurau2.. hehe.
Then, ptg tu lak, En MA kanan ni, Tengku Halim n MA En. Nik ajak g WaRd nak Change Trache Tube, ak try la mengVolunteerkan diri nak wat prosedur tu.. kebetulan pt di wad Kiambang 5B, Ward Ortho yg penah ak praktikal Sem lepas., ramai staff situ yg still remember ak, ditegurnya ak,,, ak TERSENYUM je,,, Pastu ak Prepare la pape yg patut, carik troli, prepare alat2 tu sume, then wat la kat pt,, dibantu IZy n En NiK assist, I Have DONE This ProCedure by myself,,, EN Tengku Halim Bagi Pujian kat ak, Ak just memekakkan telinga.. katanye.."Bagus, awak ada Kesungguhan, Ni 1st time sepanjang 15 Tahun saya keje, StuDenT Wat Prosedur ni sampai habis... Ye kew ni..???? huhuhu, ak senyap je.. Sedikit SEGAN.. terlintas dlm hati... alangkah bagusnye kalu mak ak kat kg turut mendengar pujian kat anaknye ni.. hmmm.... then mcm biasa blik ke Hostel, terus mengedit HSR... hehe.. Thanks to Kak Yah gak coz ajar sal BLOG ni.. hehee. Thats All.. TQ... ;)